Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Kantoi Reka Cerita Sedih! Azmin Ditempelak Netizen Twitter

Orang cakap, kalau hendak bantu meringankan beban pihak lain, biarlah ia dilakukan secara ikhlas serta tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk dan mengambil kesempatan.

Kalau dilihat, ramai pemimpin baik dari pihak kerajaan mahupun pembangkang menyingsing lengan untuk menghulurkan bantuan semampu boleh buat mangsa bencana banjir di negeri-negeri yang terlibat.
[BACA INI: Chegubard Kritik Gaya Kepimpinan MB Selangor Azmin Ali]

Usaha dan tindakan mereka memang mendapat pujian masyarakat Malaysia kerana sanggup mengetepikan tugas bagi turun bersama rakyat ketika susah! Inilah baru betul-betul ‘Rakyat Didahulukan’!

Namun, lain pula cerita bagi isu yang dicanang di media sosial apabila sekeping gambar Menteri Besar Selangor, Azmin Ali menjadi bahan kecaman dan sindiran netizen.
Sekali pandang, tak ada yang silap pun dengan foto tersebut, malah sikap mulia yang dilakukan pemimpin itu mendapat pujian ramai pihak.

Mana taknya, kalau ahli politik lain membantu mangsa kesusahan dengan sumbangan barang keperluan asas atau mungkin mencuci kediaman yang dipenuhi lumpur, tapi Azmin sampaikan sanggup memberus baju menggunakan tangan! Betul-betul pemimpin berjiwa rakyat, kan?

Tapi, ia mula menjadi panas apabila Ahli Parlimen Gombak itu mengeluarkan kenyataan yang dikatakan tipu!
Tulisnya di ruangan komen di Twitter (melalui gambar ‘linked’ dari Instagram), “Wanita dibelakang tu menangis terharu kerana saya membasuh pakaian untuk keluarganya.”

Ada sebahagian kecil pengguna dan pengikut Twitter memuji keprihatinan yang ditonjolkan MB baru Selangor itu, namun majoritinya memilih untuk menghentam kenyataan tersebut kerana Azmin dikatakan berbohong. Haa, kenapa pula?
Salah seorang dari netizen yang menggunakan nama Oskortos, memuat naik satu gambar bagi menjelaskan senario sebenar yang sedang berlaku ketika kejadian, lantas menafikan kenyataan Azmin yang kononnya wanita tersebut menangis kerana terharu.
Nah! Gambar tersebut memang betul-betul mengubah konteks ayat yang dinyatakan Azmin sebelum itu kerana dalam foto yng dikirimkan Oskortos, wanita yang katanya menangis itu, kelihatan sedang ketawa besar seolah-olah gembira.

Adoi, parah lah jawabnya kalau Azmin benar-benar seperti yang didakwa iaitu menipu kononnya wanita tersebut menangis.

Diharapkan MB Selangor itu dapat membuat penjelasan mengenai isu ini. Yelah, kenyataan tersebut bukanlah dari wakilnya tetapi akaun Twitter rasmi Azmin sendiri. –MYNEWSHUB.CC


1 Kaki Cili Padi "Kantoi Reka Cerita Sedih! Azmin Ditempelak Netizen Twitter"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info