Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

JUTAWAN PADA USIA MUDA HASIL JUALAN DADAH



Seorang lelaki yang baru berusia 18 tahun bergelar jutawan apabila mendapat hasil dari kegiatan memasak dan juga mengedar dadah dalam kuantiti yang besar.



Dalang sindiket itu merupakan bapa saudaranya yang berusia 44 tahun  yang membantu remaja itu.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Wan Abdullah Ishak berkata, kegiatan kedua-dua suspek itu ditumpaskan selepas suspek ditahan pada Rabu lalu, di kawasan Sentul, di sini.


Menurutnya, suspek kemudiannya membawa polis ke sebuah pangsapuri di Jalan Kampung Bandar, Sentul yang dipercayai menjadi tempat  makmal memasak dan membungkus syabu.

“Hasil pemeriksaan terhadap rumah yang dipercayai disewa kedua-dua suspek terbabit menemui satu bekas plastik mengandungi ketulan kristal dipercayai dadah jenis syabu yang siap diproses.

“Semasa serbuan, polis turut menemui beberapa peralatan seperti balang kaca yang disyaki digunakan untuk memproses dadah,” katanya.


Anggaran syabu tersebut bernilai  RM954,000 berdasarkan harga pasaran semasa.

“Polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti rangkaian aktiviti pengedaran dadah dan punca bekalan dadah itu diperolehi suspek,” katanya.
0 Kaki Cili Padi "JUTAWAN PADA USIA MUDA HASIL JUALAN DADAH"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info