Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Ismail Embong: Aku Mahu Individu Milik Allah Sahaja Dalam Keluarga



Sejak akhir akhir ini, ayah kepada Emma Maembong agak lantang bersuara di media sosial tentang isu semasa dan juga isu berkaitan anak beliau yang ramai itu. Terbaru, Ismail Embong memuat naik satu status menjawab isu perpisahan anaknya dengan Zizan Razak.

Dalam status di Facebook yang agak panjang lebar itu, Ismail Embong mengulas satu artikel yang dikeluarkan oleh sebuah akhbar berkaitan komen Zizan Razak berkenaan kemelut yang melanda keluarga mereka melibatkan Chacha Maembong.

Namun, terselit beberapa ayat yang berbunyi amaran kepada Zizan Razak dari Ismail Embong berkenaan hubungannya dengan Emma Maembong dengan berkata beliau hanya mahukan orang yang milik Allah sahaja dalam keluarga dan bukan milik masyarakat.

“Milik masyarakat adalah spesis yang terkutuk kerana masyarakat terdiri daripada pelbagai watak termasuk sampah bangsa & agama. Dan diletakkan diri kita lebih rendah dari itu? Dimiliki masyarakat, bukan Allah?” tulis Ismail Embong.

Panjang lebar lagi tulis Ismail Embong di Facebook beliau dan anda boleh baca selebihnya di sana kerana kami lebih berminat dengan ayat yang ditujukan kepada Zizan Razak. Hmm.
0 Kaki Cili Padi "Ismail Embong: Aku Mahu Individu Milik Allah Sahaja Dalam Keluarga"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info