Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Hairul Azreen Jahil Agama - Isu Lamar Hanis Zalikha


Semalam kecoh bila Hairul Azreen melamar Hanis Zalikha yang merupakan pelakon,artis dan jugak blogger. Rata-rata meluahkan rasa kegembiraan dan bangga dengan ke-gentelman si Hairul ini. Ada jugak yang tidak bersetuju cara lamaran Hairul Azreen yang mengikut budaya barat.

"Will You Marry Me" Perkataan ini lah yang membuat para gadis meroyan macam orang gila. Yelah Hairul Azreen kot pelakon paling cute setakat ini dengan muka baby face. Tetapi ada jugak yang iri hati.Adakah wajar kita mengutuk seseorang itu jahil agama??

Hairul Azreen sebelum membuat lamaran telah berjumpa dengan ibu bapa Hanis Zalikha untuk mendapatkan restu mereka dahulu. Ini satu perkara terbaik yang dilakukan oleh Hairul sebab mendaului Ibu Bapa si Hanis ini. Dan Hanis gembira sangat bila Hairul mendahului Ibu Bapanya.

Tak wajar kata orang itu jahil agama. Tanpa sedar kita pun jahil sebenarnya. Kalau kita benar ikut islam, Majlis persandingan tak perlu buat pun.  Sebab haram tayang isteri pada orang. Dan dalam masa sama boleh timbul rasa riak tanpa disedari. Kalau benar anda Islam, Anda tak perlu buat malam berinai atau berinai yang melampau. Kalau benar anda islam anda sebagai wanita tak perlu letak hantaran. Dan jika benar anda islam sila ubah sikap anda untuk jadi islam yang sebenar!


0 Kaki Cili Padi "Hairul Azreen Jahil Agama - Isu Lamar Hanis Zalikha"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info