Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Filem Terbaru Syafiq Yusof Wajib Tonton - Villa Nabila


Filem Villa Nabila sudah sekian lama saya menunggu filem ini. Bukan kerana Filemnya sahaja tetapi kami pecaya filem-filem dari Syafiq Yusof sangat berbaloi kalau menonton. Berbeza dengan filem-filem dari terbitan MIG yang kebanyakkan sampah dan punca rakyat malaysia tak tengok filem melayu.

Villa Nabila adalah filem berbeza dan rasanya pertama kali diterbitkan di Malaysia. Dan hanya Syafiq Yusof yang berani buat Filem Dokumentari dan diselitkan Lakon Semula. Ramai yang anggap Filem Dokumentari ini macam bosan Tetapi sekiranya korang minat dengan sesuah filem korang akan dapat memahami perjalanan filem dari Syafiq Yusof.

Syafiq Yusof masih muda dan rasanya banyak idea-idea filem yang dia nak buat. Itulah keistimewaan yang ada pada syafiq yusof. Kami bukan nak puji Syafiq Yusof sangat tetapi dia berhak dapat pujian sebegitu. Kalau dibandingkan dengan Filem Seram Malaysia yang lain, Filem Villa Nabila nampak tiada penipuan Perjalanan setiap plot dikembangkan dengan baik.

Soal runut bunyi seram kemudian sepi adalah faktor penting dalam Filem ini. Syafiq sangat pandai nak letak bunyi-bunyi yang mengejutkan. Penampakkan hantu memang tak dapat disangkal lagi sangat terkejut gila.

Villa Nabila VS Blackhat

Blackhat sebuah Movie yang menggabungkan pelakon daripada US,China dan Indonesia. Ada part-part Filem ini sebut Perak Malaysia. Tetapi tak secara keseluruhan filem ini berada Di Malaysia. Filem ini secara bahasa sopannya sangat membosankan. Tetapi kalau anda seorang Pakar Komputer mungkin korang berminat Filem bergini. Starting Filem ini memang dan pening kepala.

Filem dilakonkan oleh hero yang berlakon dalam Filem Thor. Filem ini diberikan 18SX sebab terdapat agenda bercium yang melampau. Kalau nak dibandingkan Filem ini dengan Villa Nabila nampaknya Villa Nabila menang secara keseluruhan..

Support Filem Malaysia

Pengarah Malaysia ada meluahkan rasa kecewa terhadap rakyat malaysia yang tak keluar menonton filem melayu. Jawapan daripada kami adalah Kami hanya sokong filem-filem yang berkualiti. Mungkin ini salah MIG yang lebihkan kuantiti filem dari kualiti Filem yang buat rakyat tak pecayakan filem melayu adalah berbaloi sekiranya dibeli.

Tetapi untuk Filem Villa Nabila korang akan nampak kepuasan bila habis menonton filem ini. Kami akan support Filem Syafiq Yusof selagi beliau buat filem yang best-best yang menarik minat kami. Mungkin SYafiq Yusof boleh ikut saranan kami agar tidak mengeluarkan Filem terlalu kerap untuk menjaga standard Emas yang ada dalam Syafiq Yusof.

Sekian
0 Kaki Cili Padi "Filem Terbaru Syafiq Yusof Wajib Tonton - Villa Nabila"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info