Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Che Ta Mahu Anak Jadi Ustazah & Sedia Untuk Hamil Lagi Tahun Depan



Ramai yang suka melihat meriahnya majlis akikah & doa kesyukuran anak kepada pasangan Rozita Che Wan dan Zain Sadin, Aaisyah Dhia Rana yang berlangsung di sebuah hotel. Ianya juga akan disiarkan untuk tatapan peminat melalui program Pureen Chak Chak kelak.

Baru berusia dua bulan, Aaisyah Dhia Rana nampaknya menjadi perhatian ramai sehingga jenama popular Mothercare mengambil beliau sebagai duta produk dan kini mempunyai pendapatan sendiri yang akan disimpan oleh ibu bapanya sehingga beliau dewasa kelak.

“Bagi saya tidak salah untuk Aaisyah memiliki pendapatan sendiri pada usia dua bulan. Wang yang diperoleh akan disimpan dalam akaun banknya, apabila dia berusia 18 tahun, dia sudah kaya dengan pendapatan sendiri,” ulas Rozita Che Wan.

Jika sebelum ini pasangan Zain Saidin, Che Ta berkata mereka tidak kisah jika Aaisyah mengikut jejak mereka sebagai selebriti namun kini berubah fikiran.

“Sekarang kami bertukar fikiran. Kalau boleh saya mahu Aaisyah menjadi ustazah, tetapi kita hanya merancang, masa depan tidak boleh diramal. Ketika kecil ini saya tidak kisahlah andai dia menjadi model iklan kerana dia masih kecil,” tambahnya lagi.

Che Ta turut berkata beliau merancang untuk hamil semula tahun hadapan kerana faktor usia yang tidak mengizinkan beliau untuk melengah lengahkan hasrat itu
0 Kaki Cili Padi "Che Ta Mahu Anak Jadi Ustazah & Sedia Untuk Hamil Lagi Tahun Depan"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info