Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Bayaran BR1M Mulai Khamis Ini



PUTRAJAYA: Pembayaran pertama Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 hanya akan dibuat mulai Khamis ini dan bukan Ahad lepas seperti yang disebarkan melalui laman sosial dan aplikasi telefon pintar, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata, mesej BR1M yang tersebar mendakwa orang ramai boleh mengeluarkan BR1M mulai 11 Januari di CIMB Bank dan Bank Rakyat, Bank Muamalat dan Bank Islam (12 Januari) manakala bank-bank lain pada 13 dan 14 Januari.

"Ini jahat. Ada pihak yang membuat rakyat marah kerana mereka terpaksa pergi ke bank beratur untuk keluarkan BR1M.

"Esok baru selesai dihantar semua 18 bank terpilih dan pada Khamis ini barulah penerima boleh mengeluarkan bantuan BR1M," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
0 Kaki Cili Padi "Bayaran BR1M Mulai Khamis Ini"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info