Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Apa Perlu Di Buat Apabila Handphone Di Masuki Air

Kadang kala ada diantara kita yang cuai dan kadang kala juga benda akan tetap terjadi. Mungkin ada yang pernah mengalami telefon bimbit terjatuh ke dalam air.
Kami memetik sebuah artikel dari blog yang berkongsi tips berguna ini, berikut adalah cara-cara untuk menyelamatkan handphone anda setelah terjatuh ke dalam air.
Langkah 1: Kelajuan adalah kunci utama. Lagi cepat anda menyelamatkan handphone anda dari dalam air lagi tinggi peluang untuk mengelakkan handphone anda dari rosak.
phone 2
Langkah 2: Tutup telefon dan tanggalkan simkad serta bateri jika boleh dengan sepantas yang mungkin. Tidak guna jika anda mencuba untuk menekan butang-butang untuk melihat handphone anda berfungsi atau tidak.
phone 3
Langkah 3: Untuk langkah ini, anda haruslah berhati-hati. Buka dan aturkan bahagian dalaman handphone anda untuk mempercepatkan proses pengeringan. Jika anda tidak konfiden dengan langkah ini, sila abaikan.
phone 4
Langkah 4: Keringkan handphone anda dengan menggunakan tuala atau apa saja fabrik yang serap air. Tujuan utama ialah untuk menyerap sebanyak mungkin air yang telah masuk ke dalam handphone anda.
phone 5
Langkah 5: JANGAN ambil pengering rambut! Haba dari alat tersebut akan merosakkan handphone anda dan mungkin akan menyebabkan sistem elektronik didalam handphone anda rosak.
phone 6
Langkah 6: Gunakan vakum ataupun compressed air untuk mengeluarkan lebihan air yang mungkin masih berada dalam handphone anda.
phone 7
Langkah 7: Kemudian, letakkan handphone anda dalam bekas beras yang belum dimasak atau gel silika yang mempunyai kebolehan untuk menyerap air.
phone 8
Langkah 8: Langkah yang paling penting ialah sabar. Biarkan handphone anda selama 24 jam bagi atau lebih baik selama 72 jam.
Setelah anda yakin bahawa handphone anda benar-benar telah kering, anda boleh cuba untuk hidupkan semula handphone anda. Dan jika semua langkah ini gagal, anda kini mempunyai alasan untuk membeli sebuah handphone yang baru!
0 Kaki Cili Padi "Apa Perlu Di Buat Apabila Handphone Di Masuki Air "

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info