Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

(7 Gambar) Gadis Lumpuh Berjaya Jual Epal 350kg Secara ONLINE




Dalam hidup ini, tiada yang mustahil! Seorang gadis yang lumpuh otak dari wilayah Shanxi berjaya menjual buah epal 350kg hanya dengan menggunakan hidung dan dagu untuk melayari internet di komputer.



Gui Xiangge dilahirkan lumpuh otak sejak lahir lagi dan tidak boleh mengawal kaki dan tangan selain bermasalah untuk bercakap. Walaupun tidak dapat pendidikan formal tetapi beliau belajar pinyin dengan rakannya.



Gui Xiangge mula celik internet apabila abangnya membawa sebuah komputer di rumahnya. Hidung digunakan sebagai menaip dan dagu untuk menyentuh pad. Tahun lepas bermulanya bisnes mereka iaitu menjual epal di mana Gui menguruskan secara talian manakala ahli keluarganya membungkus dan pos epal epal tersebut.

Tiada yang mustahil dalam hidup remaja ini dan kekurangan bukanlah halangan untuk tidak berjaya.











0 Kaki Cili Padi "(7 Gambar) Gadis Lumpuh Berjaya Jual Epal 350kg Secara ONLINE"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info