Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

SAFIQ RAHIM MAMPU JADI PENJARING TERBANYAK



Ketika Harimau Malaya memenangi Piala Suzuki AFF 2010 penjaring terbanyak ketika itu merupakan Safee Sali dengan 5 gol dan kini Safiq Rahim mempunyai peluang sama untuk dinobat sebagai penjaring terbanyak bagi edisi 2014. Ketika ini, pemain Johor Darul Takzim (JDT) itu telah meledak 4 gol, satu gol dibelakang penjaring terbanyak ketika ini Khampeng Sayavutthi dari Laos. Laos gagal mara ke saingan separuh akhir sekaligus membuka peluang untuk Safiq mengejar jaringan Sayavutthi. Walaupun tiga dari empat gol Safiq hadir menerusi sepakan penalti namun pencapaiannya sangatlah membanggakan. Pemain yang ditanggungjawabkan untuk menyempurnakan sepakan penalti perlu mempunyai tahap ketenangan yang tinggi dan jelas Safiq Rahim punyai kualiti itu. Jaringan Safiq ketika bertemu Thailand diperingkat kumpulan merupakan salah satu gol tercantik dalam saingan Piala Suzuki AFF 2014 apabila membawa bola melepasi tiga pemain sebelum merembat ke penjuru kanan bawah gawang Thailand. Harapan rakyat Malaysia pastinya mahu melihat Safiq dan setiap pemain lain mampu mengekalkan prestasi baik mereka ketika ini apabila berdepan Thailand di final.
0 Kaki Cili Padi "SAFIQ RAHIM MAMPU JADI PENJARING TERBANYAK"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info