Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Peminat Marah! Safee Sali Perli Penyokong Pasukan Harimau Malaya

Safee Sali
Kuala Lumpur – Penyerang sensasi skuad Harimau Malaya, Safee Sali terus menjadi tumpuan peminat bola sepak Kebangsaan apabila dia sekali lagi mencetuskan kontroversi sejurus pasukan Malaysia meraikan kejayaan setelah layak ke final selepas menumpaskan Vietnam pada separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki di Hanoi, malam tadi.

Safee menerusi laman sosial Instagram miliknya memuat naik sekeping foto menunjukkan reaksinya gembira setelah kejayaan skuad kendalian jurulatih Dollah Salleh yang disifatnya bertungkus lumus mengalahkan Vietnam.

Namun malangnya, kaspyen yang ditulis Safee bersama foto tersebut menimbulkan reaksi kurang senang kepada segelintir penyokong Harimau Malaya yang seolah menggambarkan dia tidak menghargai sokongan peminat.

“Syukurku panjat kpd Illahi. Alhamdulillah semua pgorbanan bhasil dgn bangga nye. Semua cacian dan makian yg dilemparkan xpernah masuk ke dlm hati ini..

“Pjuangan ini bukan dgn hanya bmain guli tp dgn semangat cinta kan keluarga team ini dan demi maruah negara.. fans team Vietnam bagus sekali.. walaupun kalah xde btumbuk malah tepuk tgn dkt ktorg lagi..

“kpd fans kt (kita) yg dah tukar bendera lps kena sound haritu jgn tutup muka tu dgn bantal ok.. lap je muke tu dgn tisu,” tulisnya dalam entri tersebut.

Rata-rata pengikut (followers) Safee mengkritik sikap sinisnya yang menyatakan seolah kejayaan skuad Harimau Malaya semalam seperti hasil usahanya.

Safee Sali 1


Difahamkan, Safee ketika perlawanan timbal balik semalam hanya menjadi pemain simpanan kerana mengalami kecederaan.

Sebelum ini, Safee turut menjadi perhatian umum apabila sekeping fotonya menghisap rokok bersama rakan sepasukan tersebar di laman sosial.

Malaysia bakal berdepan dengan Thailand pada 17 dan 20 Disember ini bagi merebut gelaran juara Piala AFF Suzuki 2014 dalam format timbal balik.
0 Kaki Cili Padi "Peminat Marah! Safee Sali Perli Penyokong Pasukan Harimau Malaya"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info