Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Negara Bakal Hadapi Krisis Ekonomi - Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim

PETALING JAYA - [VIDEO] Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan kebimbangannya berhubung penyusutan nilai ringgit yang akan menyebabkan kenaikan harga makanan.

Katanya, kebimbangan itu berasas memandangkan hampir 90 peratus bahan makanan asas diimport.

"Sebarang pemansuhan subsidi makanan akan menambahkan bebanan kepada rakyat yang sedang dibebani kos sara hidup.

"Tambahan pula pasaran minyak sawit mentah, getah dan timah juga telah susut secara mendadak," katanya ketika sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini.

Selain itu, beliau menjangkakan negara bakal berdepan krisis ekonomi akibat pengurangan harga minyak mentah di pasaran antarabangsa.

"Pengurangan berterusan harga minyak mentah Brent semenjak pertengahan tahun ini daripada paras USD100/bbl kepada USD65/bbl bermakna pengurangan pendapatan hampir 40 peratus daripada penjualan minyak mentah.

"Pendapatan tambahan RM25 bilion yang diumumkan di dalam Bajet 2015 baru-baru ini mungkin terpadam dan tidak mustahil dikatakan bahawa kerajaan akan menghadapi masalah untuk mengurangkan defisit negara kepada tiga peratus tahun depan," katanya.
0 Kaki Cili Padi "Negara Bakal Hadapi Krisis Ekonomi - Anwar Ibrahim"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info