Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Luahan Hati Erma Fatima Selepas Kelahiran Anak Dari Madunya

“Malang bagi seorang perempuan yg tidak mampu memberikan zuriat buat suaminya kerana anak adalah anugerah Allah paling berharga,” itu tulisan Erma Fatima di akaun Instagram beliau hari ini sebagai menyambut kelahiran anak kepada madunya, Aida.

Sedih juga kami baca kenyataan itu & rata rata peminat turut merasa simpati dengan Erma Fatima serta berharap penerbit juga pelakon popular ini lebih tabah dalam kehidupan. Seperti kata mereka, Erma Fatima masih sebaik baik wanita di mata Allah.

Tiada maklumat terperinci tentang kelahiran anak kepada pasangan Aida & Bade Hj Azmi ini tetapi kami pasti keluarga kecil ini pasti gembira dengan kelahirannya.

“Welcome to the family baby Jihad. Congratulation Bade and Aida,” tambahnya lagi.



0 Kaki Cili Padi "Luahan Hati Erma Fatima Selepas Kelahiran Anak Dari Madunya"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info