Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Dasar Bodoh : Pertandingan Lembu Paling Cantik

5 (7)

Kerajaan Terengganu akan memperkenalkan pertandingan lembu cantik tahun depan bagi meningkatkan harga haiwan itu serta menggalakkan orang ramai menceburi bidang penternakan lembu.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi negeri, Nawi Mohamad berkata pertandingan akan membabitkan peringkat daerah dan negeri dalam dua kategori iaitu lembu betina dan lembu jantan.
“Kemuncak pertandingan akan diadakan pada Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat negeri Terengganu,” katanya ketika menggulung perbahasan Bajet Negeri 2015 pada persidangan Dewan Undangan Negeri, hari ini.
Nawi berkata hadiah lumayan menanti pemenang pertandingan itu dan menurutnya hadiah yang sesuai akan ditentukan nanti.
0 Kaki Cili Padi "Dasar Bodoh : Pertandingan Lembu Paling Cantik"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info