Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Anjing Cuba Selamatkan Kucing, Menyalak Bagi Dapatkan Bantuan


Sambil melintas jalan di Trang, sebuah daerah di Thailand , seekor anjing hitam dilihat menggonggong seekor kucing oren yang lemah longlai di mulutnya.

Bagaimanapun, kucing tersebut bukannya cedera disebabkan oleh anjing itu, tetapi kerana dilanggar oleh sebuah kereta ketika melintas jalan.


Menurut saksi, sebelum anjing tersebut membawa kucing itu keseberang jalan, ia telah memanggil dua ekor rakannya untuk cuba menyalak bagi mendapatkan perhatian penduduk bagi mengalihkan kucing tersebut, tapi hampa.

Aksi 'heroic' oleh anjing itu telah dirakamkan dalam bentuk gambar oleh seorang pengguna Facebook telah tersebar di Internet dan mendapat pujian dari orang ramai disebabkan sifat kemanusiaan yang ditunjukkan oleh anjing hitam tersebut.



"Anjing itu menggongong kucing itu dan meletakkannya di depan sebuah rumah", kata pengguna Facebook, Walaiporn Himma.

"Tuan rumah itu keluar untuk memeriksa kucing tersebut tetapi malangnya ia sudah mati.", katanya lagi - Siakapkeli.com.my

0 Kaki Cili Padi "Anjing Cuba Selamatkan Kucing, Menyalak Bagi Dapatkan Bantuan"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info