Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

9 Suspek Pencentus Pergaduhan Ditahan Bukan Dari Johor? -PialaAFF



Sembilan lelaki ditahan reman selama empat hari mulai hari ini atas kesalahan melakukan kekecohan ketika perlawanan separuh akhir Piala AFF antara Malaysia dan Vietnam, di Stadium Shah Alam, Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, semua suspek direman hingga Isnin depan bagi melengkapkan siasatan .

"Lima daripada mereka ditahan di sekitar Johor manakala masing-masing dua di Shah Alam dan Kuala Lumpur dalam operasi dari 10.30 malam semalam hingga pagi hari ini,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, hari ini.

Semua mereka yang direman berusia antara 19 hingga 29 tahun bagi membantu siasatan selepas datang memberi keterangan.

Mereka yang direman disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Sehubungan itu, Mohd Adnan berkata, pihaknya masih lagi mencari enam individu yang dipercayai terbabit dalam insiden berkenaan dan meminta mereka memberi kerjasama dengan tampil ke balai polis berdekatan untuk memberikan keterangan.

Sebelum ini polis meminta 15 individu yang dipercayai terbabit dalam kekecohan yang menyebabkan seorang penyokong Vietnam cedera tampil membantu siasatan.
#
0 Kaki Cili Padi "9 Suspek Pencentus Pergaduhan Ditahan Bukan Dari Johor? -PialaAFF"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info