Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Pengarah Filem Liew Seng Tat Hina Melayu

Filem   :   Lelaki Harapan Dunia

Arahan : Liew Seng Tat

Pelakon: Wan Hanafi Su, Soffi Jikan, Harun Salim Bachik, Jalil Hamid,Azhan Rani Azman Hassan                    dan Roslan Saleh



Lelaki Harapan Dunia beri dua perasaan iaitu Marah dan Gembira. Walaupun Filem ini genre Komedi tapi kebanyakkan plot membuat kita marah. Filem ini boleh dikategorikan sebagai Komedi Gelap.

Pengarah Filem Lelaki Harapan Dunia (LHD) , Liew Seng Tat bercerita mengenai 3 elemen sensitif melibatkan orang melayu dari sudut agama,politik dan bangsa. Siapa tak marah bukan bila bangsa melayu dipekotak katik?

Pengarah juga cuba "menenangkan" penoton dengan sindirian komedi. Apa yang pasti sindirian tersebut boleh dikategorikan sangat kurang ajar. Mungkin sesetengah penonton tidak dapat menerimanya.

Beliau jugak menceritakan segala keburukan orang melayu satu persatu. Seiap babak pengarah membogelkan sisi buruk orang melayu.Malah watak Tok Bilal dalam Filem tersebut  dilabelkan buta dan cetek ilmu menyelesaikan masalah.

Terpulang kepada korang untuk tonton ke tidak Filem ini. Bagi korang yang cintakan bangsa sendiri lebih jangan tengok sebab takut korang akan berapi dalam panggung wayang. 


1 Kaki Cili Padi "Pengarah Filem Liew Seng Tat Hina Melayu "

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info